Skip to main content

Posts

Pisang goreng atau goreng pisang????

Pisang goreng memang makanan favourite rakyat Malaysia termasuk lah di rumah opah aku. menu pisang goreng ni adalah menu wajib setiap petang tanpa gagal. Tapi yang menjadi kemusykilannya adalah  cara sebutan yang betul adakah pisang goreng atau goreng pisang??? Aku sebut PISANG GORENG . tapi kebanyakan orang akan sebut GORENG PISANG.  Mana satu sebutan yang betul,  kita imbas kembali zaman sekolah cikgu bahasa melayu cakap goreng itu adalah perbuatan , kita tak letak perbuatan dulu di hadapan, kita  letak subjek dulu jadi perkataan yang betul adalah PISANG GORENG , ( dalam kata lain adalah pisang adalah kata nama dan goreng merupakan kata kerja) Samalah ceritanya dengan sup bunjut dengan bunjut sup tak pun bas mini dengan mini bas. Sedap kan makan pisang goreng, terus terbayang pisang goreng panas-panas dengan air teh tarik buih banyak.

Kenangan Bersama Arwah Pakcik

Entry ni aku edit dan aku tukar tajuk sekali. Entry asal pada 25 Oktober 2010 dan ada gambar yang aku delete sebab dah tak sesuai dengan imej aku sekarang. Cerita nya mengenai salah seorang pakcik aku yang sedang pasang rumput untuk rumah Opah (masa tahun ini pun arwah Opah ada lagi). Taip ni pun aku jadi sebak sebab kami kehilangan 3 orang ahli keluarga dari tempoh 2014 ke tahun 2018. Ceritanya selepas habis kerja direct ke rumah opah sebab opah cakap dah lama tak jumpa cucu dia yang seorang ini, bila membesar dengan opah jadi memang hampir setiap hari nak pergi rumah opah. Atuk waktu ni panggil aku hamba duit sebab suka kerja (semangat kerja kot) Masa tu pakcik Rahman sedang sibuk tanam rumput baru. yeeeyyyy..... sebab nak buatkan laman rumah opah nampak segar dan rumput menghijau seperti padang bola stadium old trafford. hahahaha.. Rindu time ni sebab rumput cantik sangat sekarang ni keadaan agak berbeza sejak pakcik tiada (Alfatihah) ok nampak kaki pakcik rahman dengan ...

tidur petang boleh jadi nyanyuk????

Teringat masa zaman belajar dulu. masa time study kolej dulu hampir semua orang merasainya cuma dalam situasi yang berbeza. Dulu selepas balik sekolah sumbat perut penuh-penuh  tidur petang bangun dan mandi pergi sekolah balik latihan netball.  Bila aku belajar dekat kolej tabiat tidur masih sama cuma kali ini tidur berjemaah dengan roomate. t idur petang ini sampai last semester. Rumah sewa 3 bilik, duduk 6 orang dengan sewa RM 250 sebulan. Lepas kelas habis pukul 2 petang lepas tu tak sabar-sabar nak balik rumah sebab nak tengok Bawang Merah Bawang Putih (Versi Nia Ramadhani & Revalina S temat) Cerita yang si putih bodoh sangat ini tapi nak tengok juga. Dah tengok bising-bising cakap kenapa director ini bangang sangat lah tapi end up  kita duduk melepap depan tv gak hahahahaha.. lepas habis mesti berlingkar keenam-enam kami depan TV.. t idur petang hampir setiap hari. Orang cakap kalau  tidur petang nanti boleh jadi gila bukan la gila lari terp...