Skip to main content

Aidilfitri 2012

Selamat Hari Raya Rakan-Rakan,

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya

Entry ini adalah pada Hari Raya ke-3. Semua orang masih dalam mood raya, yang dah puas beraya di kampung tu,mesti  mood terganggu punya la sebab dah kena balik kl, sebab kena kerja, yang baru nak balik kampung, mesti excited kan. Adil la, yang beraya dulu tu, kemudian baru kena kerja sambung raya dekat office.

Raya di rumah Opah memang banyak meninggalkan kenangan manis. bila membesar dengan Opah segala persiapan raya teringat lagi, dulu pernah juga teman Opah pergi pasar beli barang-barang basah sebelum nak raya.  Pagi raya ada nasi impit, ketupat,lontong, rendang ayam dan daging pelbagai rasa dan warna, lemang, dodol dan macam -macam lagi, itu tak termasuk yang emak masak, btw rumah Mak dengan Opah dekat so selalu ulang alik.  Dan setiap tahun kalau saudara mara datang beraya kat umah Opah, mesti dapat makan roti canai sebab setiap tahun memang buat, tukang uli je berbeza ikut turn siapa yang beraya kat umah opah. Cuma tahun ni opah tak berapa sihat sejak diagnosis kencing manis, badan opah cepat letih, Doakan opah cepat sembuh semula dan bertenaga, InshaAllah, Amin.

Bila cerita pasal raya ni memang semua orang akan cakap raya dia best, biasa lah raya memang lah best ada ke orang raya tak best??

Aku memang mengharapkan generasi kelak akan teruskan tradisi yang dari Opah dah buat ke Mak dan makcik-makcik seterusnya kami lah. Semoga kita semua dapat beraya bersama dan terus kukuh ikatan silaturahim.



Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Bersama Arwah Pakcik

Entry ni aku edit dan aku tukar tajuk sekali. Entry asal pada 25 Oktober 2010 dan ada gambar yang aku delete sebab dah tak sesuai dengan imej aku sekarang. Cerita nya mengenai salah seorang pakcik aku yang sedang pasang rumput untuk rumah Opah (masa tahun ini pun arwah Opah ada lagi). Taip ni pun aku jadi sebak sebab kami kehilangan 3 orang ahli keluarga dari tempoh 2014 ke tahun 2018. Ceritanya selepas habis kerja direct ke rumah opah sebab opah cakap dah lama tak jumpa cucu dia yang seorang ini, bila membesar dengan opah jadi memang hampir setiap hari nak pergi rumah opah. Atuk waktu ni panggil aku hamba duit sebab suka kerja (semangat kerja kot) Masa tu pakcik Rahman sedang sibuk tanam rumput baru. yeeeyyyy..... sebab nak buatkan laman rumah opah nampak segar dan rumput menghijau seperti padang bola stadium old trafford. hahahaha.. Rindu time ni sebab rumput cantik sangat sekarang ni keadaan agak berbeza sejak pakcik tiada (Alfatihah) ok nampak kaki pakcik rahman dengan ...

Knee Injury

Life is become very hectic suddenly and depressed. Aku  accident lagi and have to pay more attention towards my knee. Memang la aku bukan sakit yang terlantar like a month’s kat hospital Cuma badan aku lemah dan kurang antibodi so bila aku sakit automatically semua akan turut sakit. Back to 2009, aku pernah accident and injured my right ankle  tapi masa tu knee okay cuma ankle memang sakit  sampai 3 bulan baru aku boleh jalan proper balik dan baru boleh pakai heel balik. And now bila aku got in situation when my right knee twist, Ya Allah sakitnya sangat-sangat. Dan aku menjadi terlalu emosi dan cepat nak nangis sebab sakit cuma aku tak tunjuk sebab aku nak jadi kuat atau lebih tepat tunjuk yang aku kuat. Bila sakit, aku banyak wear flat shoes. Bila sakit ini, aku tak boleh nak jalan laju, apatah lagi nak pergi jogging or skipping. Bila sakit ini, aku jarang dah nak drive jauh-jauh sebab sakit kot lutut kanan dan drive pu...

Surah di dalam Al-Quran

Berikut adalah senarai surah di dalam Al-Quran dan maksudnya, jika berkelapangan nanti nak 'update' satu persatu surah.  1. Surah Al-Fatihah  (Pembukaan)   2. Surah Al-Baqarah  (Lembu Betina) 3. Surah Ali ‘Imran  (Keluarga Imran) 4. Surah An-Nisaa’  (Wanita) 5. Surah Al-Maa’idah  (Hidangan) 6. Surah Al-An’aam  (Binatang Ternakan) 7. Surah Al-A’raaf  (Tempat Tertinggi) 8. Surah Al-Anfaal (Rampasan Perang) 9. Surah At-Taubah  (Pengampunan) 10. Surah Yunus  (Nabi Yunus a.s.) 11. Surah Hud  (Nabi Hud a.s.) 12. Surah Yusuf  (Nabi Yusuf a.s.) 13. Surah Ar-Ra’d  (Guruh) 14. Surah Ibrahim  (Nabi Ibrahim a.s.) 15. Surah Al-Hijr  (Kawasan Berbatu) 16. Surah An-Nahl  (Lebah) 17. Surah Al-Israa’  (Perjalanan Malam) 18. Surah Al-Kahfi  (Gua) 19. Surah Maryam  (Siti Maryam) 20. Surah Taahaa 21. Surah Al-Anbiyaa’  (Para Nabi) 22. Surah Al-Hajj  (H...