Skip to main content

Lipoma

Lama tak menulis, rasanya ramai blogger tak menulis sejak ada instagram, betul?


Part 1

So do I, with a hectic life and then so many things are going on, then I forgot yang kita ada blog, gitu..
Sekarang nak cakap pasal Lipoma, what is that? apa tu? seriously, masa mula-mula doktor cakap pun aku bingung dah, sebab tak pernah dengar. Jom rewind sebab cerita ni bermula dari awal tahun, masa Januari ritu, lama betul, memang simpan sebab nak cerita dari mula sampai selepas operation. 

Cerita bermula, sejak aku kerja duduk saje tanpa sebarang pembakaran lemak, aku naik 15kg, so bila kita pergi kerja kemudian duduk je, mesti rasa sakit kat belakang kan, betul? aku selalu la sakit kat belakang, mengadu sakit, banyak kali pergi urut, kadang bertungku sendiri. Tapi awal tahun ni aku try la seorang akak ni yang dok area umah adik aku, tukang urut la. Sebab rasa sakit sangat dah, aku suruh die urut satu badan, akak tu urut sedap, smpai lah kat belakang kat area belikat ni:-

Akak tukang urut: Belakang awak ni ada lendir ni.
Aku: lendir?? lendir apa?
(masa tu adik aku pon sibuk nak tengok, siap pegang2 rasa lagi)
Akak tukang urut: Jangan risau, ada jugak orang kena macam ni, pergi je klinik atau hospital, nanti dorang buang
Aku: owhhhhh... bahaya tak ni?
Akak tukang urut: tak pasti lah, merah ni kat belakang, pergi cek yea
Aku: baik kak.

Sejak tu, memang aku tak keruan ckit, asyik-asyik nak tengok kat cermin,macam nampak tak nampak je benjolan tu. Aku teros pergi klinik, masa doktor tanya sakit ke tak? aku tak reti nak jawab sebab rasa biasa.Doktor bagi surat refer pergi klinik Surgical Selayang. Klinik bagi appointment lambat, aku tak heran pun sebab tak sakit sangat. Masa nak tunggu date appointment yang bapak giler lama, aku sempat lah review, buat study sikit apa possibility benjolan kat belakang ni. Sampai masa jumpa doktor, aku dah ready dah otak aku ni dengan apa yang doktor nak cakap, tapi doktor tu tak pasti betul ke tak Lipoma, dia suh aku buat ultrasound. sekali lagi appointment ultrasound amek masa 2 bulan. lama giler.

Aku pergi first klinik akhir bulan Jan, jumpa Surgical dalam akhir bulan Feb, appointment ultrasound bulan tengah bulan April, jumpa surgical balik akhir bulan April. (nampak tak tempoh bape lama aku nak harungi)

Ada time tu tiba-tiba aku rasa sakit, aku pergi outpatient HKL, dorang check and refer aku Surgical HKL, First cek, doktor tu terus cakap LIPOMA. handal kan. Ini baru doktor sebenar.. hehehe.. So die explain kat aku, lipoma is blah blah blah blah ( basically sama info macam dalam internet, cuma kita lagi selesa bila benda tu keluar dari mulut doktor) boleh google. kalu taip What is Lipoma, you get the info in English, tapi taip Apa itu Lipoma, standby kamus Indonesia kat sebelah. 

Aku cakap lah yang aku dah cek kat Selayang, pastu HKL bagi aku choice samaada nak continue treatment kat HKL or Selayang, Aku pilih HKL even parking susah, orang pun ramai, ward dia pun oldskool tapi aku suka kepakaran dorang, aku feeling secure. So aku minta report ultrasound dari Selayang and continue kat HKL. Adalah dua appointment dalam masa yang singkat sebab doktor suggest untuk operation. Tapi date suma dah full, ada pun akhir bulan 6, so aku setuju dengan tarikh tu, pada masa yang sama aku berdoa supaya tak bertindih dengan jadual Final Exam. 

Tapi jujur, masa dalam tempoh dari April, May smpai Jun, emosi aku tak stabil, masa tu macam-macam aku fikir, perasaan aku berbaur-baur. First sebab aku tak pernah tahu menahu pasal LIPOMA, secondly aku kena operation and hospitalised. Masa benda ini jadi pun, aku buat sorang-sorang, support yang aku ada adik aku and my bestfriend, tapi aku memang nak confirm sampai date operation baru lah aku nak gebang kat yang lain. 

Aku masuk wad 29hb Jun, first Ramadhan, operation 30hb Jun, yang ni aku cite nanti dalam  part 2. Penat menaip.

Comments

Popular posts from this blog

Petua Rambut Kepuk Cantik

Assalamualaikum, November rain, setiap hari hujan dan menyebabkan produktiviti merudum kerana mood tidur naik mendadak, dengan suhu yang selesa, tidak terlalu panas, tidak terlalu sejuk, dengar bunyi-bunyi hujan turun, apa yang lebih seronok dari menghabiskan masa di katil dan bermimpi lena? Dan jadual aku untuk November padat, yeaaa sangat padat, setiap minggu hampir tiada di rumah sebab nak pergi kelas (ohhh time ni aku decide nak sambung belajar part time) dan bila tiada kelas, aku ke tempat lain, jadi bila ada masa kat rumah, aku akan tidur sebab tak nak lepaskan peluang menikmati tidur ketika waktu hujan. minggu pertama dan ketiga November aku ada kelas, dan minggu kedua dan keempat, aku ke selatan Malaysia, doing best things with family members, spend time with love one. Sejak kebelakangan ini, aku banyak merungut pasal rambut aku seolah makin nipis, ini membuat kan aku pisses off sebab aku bukan lah jenis yang selalu hairdo, tapi mungkin bila aku cut hair last few months,...

Knee Injury

Life is become very hectic suddenly and depressed. Aku  accident lagi and have to pay more attention towards my knee. Memang la aku bukan sakit yang terlantar like a month’s kat hospital Cuma badan aku lemah dan kurang antibodi so bila aku sakit automatically semua akan turut sakit. Back to 2009, aku pernah accident and injured my right ankle  tapi masa tu knee okay cuma ankle memang sakit  sampai 3 bulan baru aku boleh jalan proper balik dan baru boleh pakai heel balik. And now bila aku got in situation when my right knee twist, Ya Allah sakitnya sangat-sangat. Dan aku menjadi terlalu emosi dan cepat nak nangis sebab sakit cuma aku tak tunjuk sebab aku nak jadi kuat atau lebih tepat tunjuk yang aku kuat. Bila sakit, aku banyak wear flat shoes. Bila sakit ini, aku tak boleh nak jalan laju, apatah lagi nak pergi jogging or skipping. Bila sakit ini, aku jarang dah nak drive jauh-jauh sebab sakit kot lutut kanan dan drive pu...