Assalamualaikum,
(Entry ini ditulis pada tahun September 2014)
YUSRA Family Day, yeeeeaaayyy semua orang bergembira dapat bersama-sama, dapat lepak makan, mandi laut dan terjun kolam.
KENAPA YUSRA?
YUSRA itu adalah gabungan nama Atuk dan Opah sebelah emak. Jadi hari keluarga ini dinamakan YUSRA Family Day dan merangkumi 84 orang ahli. (formal sangat kau)
Family Day kali ini kami semua sepakat pilih nak buat kat side-side pantai timur sebab rasa lama giler tak pergi pantai timur. So we all decided nak pergi Cherating.( saya tak nak heboh nama homestay chalet yang kami pergi sebab ada la sedikit sebanyak isu, lagipun tempat itu, owner nak jual, so agak bengang jugak dengan layanan, btw, entry ni nak cerita tentang family bukan ketidakpuasan tempat chalet, malas nak hentam sebenarnya.) Lagipun mybe sebab faktor logistik, Cherating tak macam dulu, orang KL sekarang suka pergi PD sebab dekat, balik hari pun okey dah.
Nak cerita setiap butir, mau kebas jari, so ini kesimpulan kitaorang punya tentatif:
1) Bertolak dari rumah dalam pukul 10 lebih, dah lambat giler, kata nak konvoi reramai siap nak pakai reben letak dekat kereta, biasa la baru syok konvoi nampak semua kereta ada reben, last-last konvoi ke mana, reben pun terbang jatuh atas highway. kereta siapa lah tuh kan.
2) Ni lagi satu kelakar, kata nak picnic, masak bawak makanan, mungkin salah information ke apa ke, aku pun tak tahu, beriya ini aku dengan mak masak bagai, family aku dengan family Pak Lang je dok berkelah dekat hentian Temerloh bentang tikar bagai. orang lain pergi mana tah. hahahaha sebenarnya planning makcik2 aku adalah, dorang suruh bawak bekal pastu makan kat chalet. kikiki... tak kisah la memana, kitaorang sekeluarga dah selamat kekenyangan.
3) Sampai je, biasa lah budak2 dah terjun kolam, baru ingat nak ambil gambar sesama sebab dah kawtim pakai baju warna biru, tak kisah lah biru apa, asal biru je kire on. ( hampa, langsung tak de gambar baju biru ni, sebab cantik giler, sesampai masing2 look nice in blue)
4) Kitaorang ada malam tazkirah, atuk bagi sedikit tazkirah kemudian malam tu buat hand print atas kain rentang, time ni best, sume dok cat tangan tunjuk bakat masing-masing. budak-budak paling excited, bagus gak aktiviti ni sebab tak de la memalam dorang nak lari kejar-kejar terpekik terlolong. aku bawak congkak, bagi siapa2 nak isi masa lapang main congkak depan pool, sound cool, pastu time balik lupa nak bawak congkak, ( kena ganti balik ni mak punya)
5) Malam tu, ada buat bertukar-tukar hadiah, ada nombor tampal dekat hadiah tu lepas tu kira buat cabutan tarik nombor dalam bekas. Tema malam tu Retro 60an, 70an, 80an dan 90an seronok tengok ada yang sungguh-sungguh bersiap untuk malam tu, terutamanya budak-budak lah. aku dengan sepupu pun pakat nak pakai 80an, zaman rambut panjang kerinting pakai hairband warna striking, neon-neon color sikit.
Lebih kurang mcm ni aku dengan sepupu aku pakai. sampai sekarang aku simpan seluar yag kitarog beli dekat Carrefour Wangsa Maju.
6) Esok paginya, yang best kitaorg satu family buat zumba, yang lead adik lelaki sepupu aku, Syafiq. apa lagi, mcm-mcm gaya boleh nampak, yang ni ada video, tapi privacy, tak leh nak tunjuk dekat sini. semua dok simpan dalam phone. Memang havoc dengan best lah, sporting semua ahli keluarga buat Zumba. Pagi tu pun ada lah aktiviti sukaneka untuk budak-budak. untuk dewasa da makin kurang, makcik-pakcik dah makin berumur, hehehehe. Percutian ke Cherating kali ni lebih kepada lepak santai dan bermesra-mesra gitu. Dulu masa time aku sekolah banyak lagi family day yang kitaorang buat pastu banyak game involve, biasa arrr semua masih kuat tenaga time muda-muda dulu. Sekarang semua suka lepak-lepak pastu budak-budak mandi kolam sampai lebam.
7) Mak frust sebab tak dapat nak join zumba pagi tu, dia pergi ikut geng-geng minum cari teh tarik pagi-pagi, balik je kitaorang dah separuh Zumba da. da nak habis da pun.
8) banyak aktiviti kitaorang buat, pergi makan keropok lekor sambil lepak minum air kelapa tepi pantai. makan sotong celup tepung, Borak lepak, karaoke, menari sampai lenjun baju. banyak sangat sampai tak tertaip. Seronok bersama keluarga even sekejap.
Ini merupakan family day yang seronok dan paling menyimpan kenangan buat kitaorang dan terakhir bersama 84 ahli keluarga Yusra, dan Cherating menjadi saksi sebuah ikatan yang tidak akan putus.
September 2014 dalam kenangan.
Pssstttt- gambar-gambar dalam phone lama. tak boleh nak upload untuk tambah sedikit grafik dalam cerita ni.
Comments
Post a Comment